Energizing Soy Protein dari Shaklee ini merupakan satu-satunya produk di dalam pasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Ia turut diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral. Kandungan Indeks Glisemik [G.I] yang rendah iaitu 39, menjadikan ia sangat ssuai juga kepada pengidap kencing manis.
1 hidangan Shaklee ini bersamaan dengan :
2 kali ganda daging
4 kali ganda telur
12 kali handa susu
rendah lemak
tiada kolestrol
tiada asid urik
ESP sangat mudah diserap oleh tubuh manusia.
Apa maksud Indeks Glisemik rendah ?
Indeks glisemik menempatkan kedudukan karbohidrat berdasarkan impaknya terhadap paras gula dalam darah. Karbohidrat yang mempunyai Indeks Glisemik yang rendah memecahkan gula dengan perlahan-lahan sambil membebaskan glukos ke dalam sistem badan anda. Mengekalkan paras gula dalam darah yang rendah amatlah penting dalam pengurangan berat badan dan penjagaan kesihatan dalam jangkamasa panjang.
Sesetengah protein soya diproses dengan alkohol. Cara pemprosesan ini bukan sahaja menghilangkan isoflavin yang bermanfaat, malah membentuk kontaminasi bersilang dengan bahan-bahan kimia yang digunakan dalam pemprosesan. Energizing Soy Protein Shaklee diproses dengan baik bagi mengekalkan isoflavones genistein dan daidzein yang kritikal demi membekalkan anda dengan keseluruhan kebaikan soya.
Kepentingan Protin
Protin adalah bahan utama dalam pembentukan pelbagai organ dan tisu dalam badan serta komponen utama kepada hormon manusia. Ia juga merangsang fugsi psikologi. Maka, setiap organ kita memerlukan protin.
Apa akan berlaku jika seseorang itu kekurangan protin dalam tubuh ?
- sistem imun lemah untuk melawan penyakit
- masalah lebihan air yang tinggi dalam badan
- kehilangan kepejalan otot
- perubahan warna rambut
- pertumbuhan terbantut
- mengalami masalah penghadaman
- masalah penghasilan darah & hormon
- kegagalan fungsi organ yang akhirnya boleh membawa kepada kematian
Apa itu Asid Amino ?
Protin terdiri daripada 20 jenis asid amino yang setiap satunya akan menghasilkan jenis protin yang berbeza mengikut kepada keperluan protin dan enzim yang diperlukan oleh tubuh.
Terdapat asid amino tertentu yang dapat dihasilkan sendiri oleh tubuh manusia yang dikenali sebagai asid amino tak perlu. Manakala asid amino yang tidak boleh dihasilkan oleh manusia dan harus diperolehi dari sumber pemakanan dikenali sebagai asid amino perlu.
Shaklee menggunakan proses pensijilan tersendiri yang dikenali Identity Preserved Program [IPP]. Ia memastikan kacang soya bebas daripada pendedahan perubahan genetik, daripada benih sehingga kepada pengeluarannya.
Info lanjut boleh hubungi Distributor Shaklee anda.
Najmah
Shaklee Independent Distributor
017-4030304
Email : wanna.7208@gmail.com
FB Pages : https://www.facebook.com/AisarGallery
"Kami bantu anda jadi sihat"