Popular Posts

6.3.10

Pap Smear

Hari ni saya nk berkongsi maklumat berkaitan pap smear...kawan2 sume dh jalani ujian ni?....aku br ja p buat hari khamis lepas...result akan menyusul dlm ms 2 mg lg...sblm p buat pap smear aku ada baca sedikit maklumat dalam portal MyHEALTH..di sini aku sertakan maklumat tu ek...

Apakah itu ujian Pap Smear?

  • Merupakan suatu ujian untuk memeriksa kesihatan servik.
  • Ia boleh menyelamatkan nyawa anda
  • Ia adalah satu saringan untuk mengesan keadaan pra-kanser (sebelum terjadi) iaitu terdapat sel serviks luar biasa yang boleh mengakibatkan kanser.
  • Ia adalah sempena orang yang pertama menjumpai cara ini pada tahun 1940 iaitu DR. GEORGE PAPANICOLAOU.
  • Ia adalah satu prosidur yang mudah di mana sedikit sel diambil dari servik dan dihantar ke makmal untuk kajian.
  • Tidak perlu ubat atau bius.
  • Mengambil masa beberapa minit sahaja.

Soalan Lazim

Adakah ujian itu menyakitkan?

  • Tidak menyakitkan.
  • Jika anda merasa tegang semasa prosidur dijalankan, anda mungkin rasa tidak selesa, cuba relak dan tarik nafas panjang.

Siapakah yang harus menjalani ujian tersebut?

Wanita berumur diantara 20 - 65 tahun, mereka yang pernah atau aktif dalam hubungan seksual.

Siapakah yang akan menjalankan ujian tersebut?

Doktor atau jururawat yang terlatih akan menjalankannya.

Apakah yang sebenar berlaku semasa ujian tersebut dilakukan?

  • Tanggalkan seluar dalam.
  • Berbaring di atas katil.
  • Doktor atau jururawat akan memasukkan alat kecil yang dinamakan spekulum ke dalam vagina dengan lembut supaya servik boleh dilihat.
  • Sejenis kayu 'wooden spatula' dan berus yang kecil 'cytobrush' dimasukkan ke dalam pangkal rahim (keseluruhan servik 360o) untuk mengambil sedikit sel.
  • Sampel ini disapu di atas slaid dan dihantar ke makmal untuk diperiksa di bawah mikroskopi dimana laporan akan dibuat.
  • Ujian ini mengambil masa beberapa minit sahaja

Apakah persediaan awal yang patut saya lakukan?

  • Ujian ini tidak dapat dijalankan semasa anda kedatangan haid.
  • Pastikan dapat tarikh temujanji sebelum atau selepas haid.
  • Waktu yang sesuai adalah pertengahan atau selepas 10 hari kitaran haid.

Bagaimana dengan hubungan seksual sebelum ujian?

  • Anda tidak digalakkan melakukan hubungan seks 24 jam sebelum ujian dijalankan kerana ia menyebabkan keputusan yang tidak tepat.
  • Jangan lakukan 'duoche' atau gunakan spermicid, perancang keluarga, kaedah halangan atau penggunaan jelly 'lubricant' 2 hari sebelum ujian dijalankan. Bahan kimia yang terdapat dalam bahan tersebut mungkin boleh memberi kesan kepada kualiti sampel.

Bilakah saya mendapat keputusannya?

  • Bila anda melakukan ujian tersebut, anda akan diberitahu masa dan tempat untuk mendapatkan keputusan..
  • Biasanya dalam 3 minggu hingga 3 bulan bergantung kepada beban kerja makmal dan klinik tersebut.

Berapa kerap saya perlu membuat ujian Pap Smear?

  • Sekiranya anda berumur antara 20 - 65 tahun, pernah atau aktif dalam hubungan seksual, anda digalakkan untuk menjalani ujian ini setiap tahun selama 2 tahun.
  • Sekiranya keputusan itu negatif, anda digalakkan mengulangi setiap 3 tahun sekali.

Dimanakah saya boleh mendapatkan ujian tersebut?

  • Di semua klinik dan hospital kerajaan
  • Di klinik/hospital swasta
  • Federation of Family Planning Association Of Malaysia (FFPAM)
  • Lembaga Penduduk Perancang Keluarga Negara (LPPKN)