Popular Posts

29.8.11

Pergi Tak Kembali

Kemarin, 28/8 aku ada terima sms dari sahabat aku Arnida
memaklumkan bahawa schoolmate kami meninggal dunia...

Petikan sms Arnida :

' Salam, nida nak maklom zaihan xdak dah.... jenazah nida xsure bawak balik mana... Alfatihah buat Norzaihan Ishak..... Kita kehilangan Sahabat Baik'

Aku ni macam xpercaya ja...
dok pikir betoi ka zaihan yg dok Pokok Sena tuh...

Untuk dapatkan pengesahan aku pn buka la facebook yg dh lm xbuka tuh
bila aku masuk page arwah, memang dinyatakan berita kematiannya...

Innalillahi wainna ilaihi roji'un...

Aku kenal arwah masa bersekolah di DMW, Kepala Batas
walaupun dia bukan sama kelas dengan aku
tapi aku memang rapat gak la ngan arwah
sebab kelas dia sebelah ngan kelas aku...
kami rajin gak dok sembang2 n lepak2 sekali
last jumpa masa Jamuan Raya tahun 2003 kalo xsilap
buat di umah Murshidah di Lubuk Meriam

Aku dimaklumkan akan diadakan Jamuan Raya tahun ni
aku harap la dapat jumpa kawan2 lama...
tapi aku xsempat jumpa zaihan pada Aidilfitri kali ni
bukan saja Aidilfitri, tapi untuk selama2nya

Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah swt 

Di sini aku paparkan berita tentang kemalangan membabitkan arwah di Berita Harian

Dua wanita maut dirempuh van dekat Kerian

2011/08/28

IPOH: Dua wanita maut akibat dirempuh van ketika mereka keluar untuk 
 menyelamatkan diri daripada kereta mereka yang terbabas dan merempuh penghadang besi di tengah jalan di Kilometer 202, Lebuhraya Utara-Selatan dekat Kerian, awal pagi ini.

Noorzaihan Ishak, 28, dan adik iparnya Nurhasyimah Halim, 20, meninggal dunia di tempat kejadian dalam kemalangan kira-kira jam 12.08 pagi itu.
Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan berkata, kejadian berlaku apabila kereta Proton Satria yang dipandu suami Noorzaihan cuba mengelak sebuah kereta yang memotong laju dari arah belakang lalu terbabas dan merempuh penghadang besi di tengah jalan.
"Ketiga-tiga mereka kemudian keluar dari kereta untuk menyelamatkan diri bagaimanapun kedua-dua wanita berkenaan dirempuh sebuah van menyebabkan mereka tercampak dan mengalami cedera parah," katanya ketika dihubungi hari ini.

Fauzi berkata, suami Noorzaihan berjaya menyelamatkan diri dengan berlari ke tepi lebuh raya.

"Mayat kedua-dua wanita itu dihantar ke Hospital Bagan Serai untuk bedah siasat.

"Ketika kejadian, tiga beranak itu dalam perjalanan dari Kedah ke rumah suami Noorzaihan di Batu Caves, Selangor untuk pulang berhari raya," katanya.
Beliau berkata, pemandu van bersama tiga penumpang rakyat Thailand hanya cedera ringan. - BERNAMA